About Me
Image Gallery
Contact Me
From The Archives

SANDIWARA "SYAITAN BISU"
Semua Harus Berwaspasa

Belum pun bahang pilihan raya kecil Kuala Terengganu hilang dan belum pun sempat pihak-pihak tertentu seperti SPR, Polis dan sebagainya cukup rehat, mereka sekali lagi akan dikerahkan untuk mencurahkan keringat bagi menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlangsung di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dun Bukit Selambau, Kedah.

Visit these sites too

This notion of self-publishing, which is what Blogger and blogging are really about, is the next big wave of human communication. The last big wave was Web activity. Before that one it was e-mail. Instant messaging was an extension of e-mail.
If an organization isn’t already in place where openness and transparency in communication exists and is practiced, then using tools like blogs will be unlikely to do anything positive for the organization. If your openness/ transparency foundation isn’t there, don’t blog.”
Blogging was another important way of solving the freedom of expression and flow of information.
Our passionate advice is that the time to join the conversation is now. The barriers to entry are miniscule, the benefits great, and blogging just happens to be fun. 
100s of Bloggers would spend 1000 of hours to be famous and millionaire, but not even one hour which would make their blog a million dollar worth.
WELCOME!
to Ibrahim.my

I THINK, THEREFORE I AM  

Consciousness is the core of an individual's sense of self, yet, paradoxically, it is the most elusive concept in biology. Even framing the questions is difficult. Broadly, though, researchers have taken three approaches. One is the experimental method embraced by Dr Edelman. A second is to look for consciousness directly in the brain. The third is merely to sit and think about the question.…

This blog is aimed to embrace what people think and therefore they think and they believe.


BN perlu ditransformasi atau terus hanyut dibuai mimpi

Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa BN dan komponennya perlu ditransformasikan bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat dan juga ia adalah sebahagian daripada persediaan untuk menghadapi PRU ke-13. Ada juga signifikannya cadangan tersebut, ia adalah sama seperti usaha Najib yang telah berjaya laksanakan dalam pentadbirannya terutama dalam usaha untuk membawa negara keluar dari belengu krisis ekonomi global. Program transformasi Kerajaan atau GTP terbukti menunjukkan kesungguhan Kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan terutama dalam menguruskan pentadbiran negara dan membantu negara keluar dari kemelut krisis ekonomi.

Bukan hanya dalam bidang ekonomi, GTP yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib juga memberi tumpuan kepada mengurangkan kadar jenayah, meningkat jumlah pendapatan rakyat dan mengurangkan jurang kemiskinan, meningkatkan mutu perkhidmatan awam, meningkatkan mutu pendidikan dan sebagainya. dengan kata lain GTP yang dilaksanakan oleh Najib menunjukkan segala apa yang dijanjikan akan ditunaikan.
 
Tetapi sebenarnya UMNO melalui Najib telah melaksanakan program transformasi dalam mengangkatkan kembali BN di hati rakyat. Contoh paling mudah transformasi yang dilakukan oleh Najib ialah aktiviti turun padang untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat. Tapi apa yang dibuat oleh Najib mendekati dan menjiwai hati rakyat tidak diikuti sepenuhnya oleh pemimpin BN.
 
Najib juga dalam usaha untuk menyakinkan dan mendapatkan kembali sokongan rakyat telah mengaturkan sebaik mungkin dalam pembahagian kuasa dengan parti komponen BN. Semuanya adalah berdasarkan hasrat komponen parti dan bukannya berdasarkan kuku besi seperti dalam Dap. Namun, apa yang berlaku bukannya disebabkan oleh perjuangan komponen parti yang dikatakan bersifat perkauman, sebaliknya masalah dalaman yang sehingga kini tidak diselesaikan oleh komponen parti.
 
UMNO dengan masalahnya, begitu juga dengan MCA dan krisis MIC juga dilihat tidak kesudahan penyelesaiannya. Bagaimana BN ingin meneruskan kuasa jika krisis dalaman parti tidak diselesaikan? Hasrat supaya BN dan komponennya di Transformasikan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat sememangnya satu tindakan yang betul. Sikap ego, tamak, pentingkan diri, gila kuasa dan sambil lewa adalah punca krisis dalam parti UMNO, MCA dan MIC tidak boleh diselesaikan.
 
Masing-masing beranggapan merekalah yang benar, merekalah yang betul dan sebagainya. Jika PR sedang giat mempersiapkan jentera mereka untuk menghadapi PRU ke -13, namun BN sebaliknya. Parti komponen BN masih bercelaru dan krisis dalaman semakin tampak membusuk walaupun dari luar nampaknya elok. Lihat saja apa yang berlaku dalam PRK di Hulu Selangor dan Sibu. Walaupun BN memang, tetapi sebaliknya krisis dalaman ketika kempen sukar untuk dibayangkan.
 
Di Hulu Selangor contohnya, dengan apa yang berlaku dalam PR apabila bertalu-talu pemimpin kanan PKR pada masa itu keluar parti dan meletakan calon yang tak laku digadai, sepatuntya BN mampu memperolehi majoriti undi sehingga 5000 undi, namun sebaliknya berlaku. Alih-alih untuk menutup kelemahan kerana krisis dalaman akibat ‘kebodohan’ pemimpin-pemimpin dari UMNO, MCA dan MIC yang pentingkan wang ringgit dan kuasa, pertambahan undi atau sokongan kaum Cina kepada PR dijadikan alasan kemenangan BN dengan majoriti kurang dari 2000 undi.
 
Sampai bila komponen BN akan terus bergelumang dengan krisis dalaman? Adakah pemimpin dan penyokong BN tidak sedar dengan apa yang berlaku dalam parti mereka? atau adakah terdapat ‘Gurkha’ dalam BN dan komponennya yang sengaja mewujudkan krisis untuk melemahakan BN? Jika pun program tranformasi yang ingin dilaksanakan ke atas BN, ia hendaklah dilaksanakan secara besar-besaran dan penuh dengan kejujuran dan keikhlasan.
 
BN perlu kembali kepada perjuangan asal dan bukannya retorik seperti PR yang berjanji setinggi langit tetapi ditunainya tidak. BN juga perlu kembali mendekati rakyat dan bukan lagi mendongak langit menunjukkan keangkuhan. BN juga perlu buang perasaan syak wasangka dan iri hati sesama rakan dalam komponen parti dan hendaklah menjiwai semangat 1Malaysia yang menjadi nadi utama perjuangan Perdana Menteri. BN perlu kembali ke landasan benar dan bukan lagi bermimpi di siang hari dan berasa selesa yang ada pada hari ini. Jika program transformasi ini berjaya dilaksanakan dan komponen BN kembali pada landasan perjuangan parti, sudah pasti sejarah 2004 akan berulang kembali pada PRU ke-13 nanti.



SULTAN-SULTAN MELAYU MULA BERSUARA, ADA PIHAK CUBA MENGALIHKAN CERITA

Cuti selama 3 hari lalu nampaknya digunakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia untuk merehatkan diri kerana penat bekerja dan masa ini jugalah saat yang paling sesuai untuk bersama-sama keluarga mengeratkan ikatan silatulrahim sesama kita. Kesempatan cuti sempena Sambutan Maulidur Rasul ini juga membolehkan rakyat pulang ke kampung menjenguk saudara mara dan melawat rakan taulan yang sudah lama tidak di ziarahi serta bertanya khabar mereka.


>> Read more
Hottest @ Ibrahim.my

NIZAR SACKED HIMSELF
Tuesday 12 February 2009

Shamsul, a regular Warta Citra Cafe customer coherently explained to me the so called "Perak legal quagmire".This is what he told me recently...

This little clause below is what PKR quotes as the defining legal rampart from which they want to hurl accusations and abuses that the Sultan has overstepped his boundary
.


>> Read more